Wednesday, May 6, 2009

Aktiviti

Pada 4 Mei 2009, PSS SMK Senawang 3 telah memperkenalkan sebuah buku untuk bacaan guru dan pelajar semasa perhimpunan rasmi sekolah. Buku tersebut bertajuk " DADAH MUSUH NO. 1 NEGARA" dari Agensi Antidadah Kebangsaan, cetakan tahun 2007. Ulasan buku tersebut telah disampaikan oleh En.Raguraman a/l Subramaniam , kaunselor pelajar SMK Senawang 3. Diharapkan pelajar dan guru akan membacanya untuk menambahkan pengetahuan mengenai dadah dan kesannya. Selamat membaca !

Thursday, April 30, 2009

BERITA

Seorang warga SMK Senawang 3 telah selamat melahirkan cahaya mata pada awal bulan April 2009 yang lalu. Beliau juga merupakan seorang guru PSS di sekolah ini. Tahniah diucapkan dari seluruh warga SMK Senawang 3.

Tuesday, April 28, 2009

PENGENALAN

Ditubuhkan pada bulan Mac 2007 bersamaan dengan mulanya SMK Senawang 3 beroperasi dengan menumpang di SMK Senawang. Lokasi PSS SMK Senawang 3 adalah di dalam bilik guru kerana tiada bilik khas disediakan. Koleksi buku-buku bacaan diperolehi melalui sumbangan ibubapa dan guru-guru. Rak-rak diperolehi dari sekolah lain dengan kerjasama JPN Negeri Sembilan. Setelah hampir 3 tahun beroperasi, PSS SMK Senawang 3 masih belum digredkan lagi. Walaupun menumpang dan tiada bilik khas disediakan, berbagai aktiviti telah diadakan oleh jawatankuasa kerja dan pihak pengurusan sekolah sentiasa berusaha untuk menambah koleksi bahan bacaan untuk warga SMK Senawang 3.