Tuesday, April 28, 2009

PENGENALAN

Ditubuhkan pada bulan Mac 2007 bersamaan dengan mulanya SMK Senawang 3 beroperasi dengan menumpang di SMK Senawang. Lokasi PSS SMK Senawang 3 adalah di dalam bilik guru kerana tiada bilik khas disediakan. Koleksi buku-buku bacaan diperolehi melalui sumbangan ibubapa dan guru-guru. Rak-rak diperolehi dari sekolah lain dengan kerjasama JPN Negeri Sembilan. Setelah hampir 3 tahun beroperasi, PSS SMK Senawang 3 masih belum digredkan lagi. Walaupun menumpang dan tiada bilik khas disediakan, berbagai aktiviti telah diadakan oleh jawatankuasa kerja dan pihak pengurusan sekolah sentiasa berusaha untuk menambah koleksi bahan bacaan untuk warga SMK Senawang 3.

No comments:

Post a Comment